Wednesday, 8 February 2012

Iman dan Amal


Asalamualaikum....dgn lafaz Basmalah.....ku mulai dg doa ini:


                        " Ya Allah! Kurniakan kepadaku sifat sabar utk mentaati
                           perintah-Mu, menjauhi larangan-Mu dan menjauhi 
                           nafsu syawat yang semua itu akan menjauhkan aku
                          dari sisi-Mu."


Iman dan amal adalah satu kepentingan dlm kehidupan seseorg hamba utk sampai tujuannya
sebenarnya byk perkara yg harus disandarkan tetapi aku suka utk kupas dua perkara ini...
Tanpa iman apa segala kelakuan si hamba tidak akan di terima krn Iman itu membenarkan
Tuhan yg disembah dan mengakui Nabi Muhammad Saw Utusan-Nya dgn kata Yakin di dlm
hati dgn Jazam itulah yg wajib di imani ketika di dunia hingga ke akhirat,


Berkata Ibnu Ajibah rhm, Syeikh kami rhm berkata :
"Jika kamu mahu,kami bersumpah bagi kamu,bahawa tidak akan masuk kedalam alam Malakut,
orang yang didalam hatinya masih mempunyai ikatan dengan Dunia dan Nafsu."


Justeru wahai saudarku! Putuskanlah dan lepaskan dirimu dari asal usul yang mengahalang,
larikanlah dirimu daripada tanah air yang mengikat, nescaya akan terpancar keatas mu
cahaya-cahaya hakikat.
Ulama' juga berkata :
"Orang faqir itu seperti air. Apabila air itu berada lama di satu tempat,
 ia akan berubah, Apabila air itu mengalir,ia akan bertambah sedap."
Ibnu Abbad rhm berkata :"Bergantung kepada Allah merupakan sifat orang Arifin yang
bertauhid, sebaliknya bergantung kepada yang lain merupakan sifat jahil yang lalai"


Pembahagian manusia ;
Terdapat dua golongan manusia :
1. Yang bergantung kepada Allah Swt.(sifat orang Arifin yang muwahidin(bertauhid)
2. Yang bergantung kepada yang lain selain drpd Allah Swt(sifat orang jahil dan lalai.)


Mengikut Syeikh Ahmad Zarruq rhm, manusia di bahagikan kepada tiga golongan :
1. Yang bergantung kepada amalan.(Maqam(kedudukan) al-Islam.
2. Yang bergantung kepada kelebihan Allah.( Maqam (kedudukan) iman al-Iman)
3. Yang bergantung kepada pendahuluan dan hukum.( Maqam(kedudukan) al-ihsan)


Dengan sebab itu sebahagian ahli al-tahkik berkata : " Siapa yang sampai kepada hakikat Islam
nescaya tiada mampu utk berpisah dengan amalan. Sesiapa yang sampai kepada hakikat Iman
nescaya tiada mampu berpaling kepada amal. Dan sesiapa yang sampai hakikat Ihsan nescaya
tiada mampu berpaling kepada yang lain selain Allah."


Syeikh Ibn 'Ajibah rhm dalam kitabnya iqozulhimam menyebut pembahagian amalan
kepada tiga iaitu :
1. Amalan :
    Beribadah atau islah yang zahir, islah anggota seperti taubat,takwa dan istiqamah


2.Amalan :
   Qasad(tujuan) kepada Allah Swt atau islah yang Dhamir seperti ikhlas, tamakninah
   dan al-sidq


3. Amalan :
    Menyaksikan Allah Swt atau islah yang sir seperti al-muraqabah, al-musyahadah dan
   al-makrifat.


Pengertian ini sama juga dengan amal islam, amal iman, amal ihsan, dan amal ibadah,
amal 'ubudiyyah dan amal ibadah, dan amal ahli al-Bidayah, amal ahli al-Wasat dan
amal ahli al-Nihayah.
Terdapat beberapa Nas yang menunjukan perbuatan hamba drpd hamba dan juga perbuatan
hamba dprd Allah Swt perlu kepada pernyataan yang sebenar. Antara nas tersebut ialah:
Firman Allah Swt " Dan Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan."
                                                                                              (Surah al- Saffat :96)


Inilah dalil Allah Swt yang menciptakan perbuatan makhluk dengan tafsiran :
Allah Swt mencipatakanmu dan menciptakan perbuatanmu. Justeru kenapa
kamu sembah selain drpd-Nya?


Inilah juga pendapat yang ditegaskan oleh al-Khatib Syarbini rhm berdasarkan keadah nahu(tatabahasa) sepertimana yang tersebut dlm al-Siraj al-Munir.


Firman Allah Swt : "Masuklah syurga dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan di dunia dahulu." (Surah al-Nahl :32)....


Thauban pembantu Rasulullah Saw telah berkata, Telah bersabda 
Rasulullah Saw : "Sesiapa yang menjamin kepadaku bahawa dia tidak
                             meminta-minta sesuatu kepada manusia maka aku akan
                             menjamin beginya syurga."
                             (Riwayat al-Tirmizi )


Kisah Teladan :
 Pada suatu masa Nabi Daud as keluar ke pisiran utk beribadat dan apabila telah genap
setahun, dia berdoa : "Ya Rabbi ya Tuhanku, telah bengkok belakangku dan lemah mataku
serta kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku." Maka
Allah Swt memerintahkan seekor katak utk menjawab doa Nabi Daud as itu, lalu katak
itu berkata :" Hai Nabi Allah, apakah anda mengungkit pada Tuhan ibadatmu yang setahun?
Demi Allah yang mengutuskanmu menjadi Nabi, saya di hutan ini selama tiga puluh tahun
atau enam puluh tahun bertasbih, bertahmid kepada Allah, sedangkan persediaanku tetap
gementar kerana takutkan Tuhanku." Maka menangislah Nabi Daud as....


"Apabila tahkik makrifah dgn dekatnya Allah Swt yang haq atau tanpa wujud
setiap sesuatu kerana wujud-Nya atau penafian setiap sesuatu bagi wujud-Nya
nescaya fana' segala yang tiada dan kekal Tuhan yang azali. Ketika itu
tertumpulah segala himmah kepada-Nya sahaja dgn melupakan yang lain
drpd-Nya. Makrifah akan sempurna dgn melakukan perkara berikut :
* Mengingati Allah Swt semata-mata, melalui jalan ,zuhud dan tawaduk.
*Menundukkan sifat-sifat kebinatangan seperti nafsu syawat dan marah.
Hakikat ini akan tercapai dengan jalan memperbanyakkan puasa,mengekang
nafsu syawat dan memperbanyakkan amal ibadat serta berfikir.
* Memperlengkapkan jiwa utk menerima gambaran secara 'aqli(akal).
Hal ini boleh terlaksana dgn cara berfikir dan membuat kajian ilmiah
yg di haruskan. Hal yg demikian itu boleh tercapai dgn latihan,
mujahadah dan pimpinan guru-guru yg mursyid dan arif."


Ku akhir dg ini...
         
             Mengapa aku tak dapat melupakanmu....
             antara perjalanan..suci menangkap waktu..
            membuat aku rindu....membuat aku rindu.....


           Bukannya aku tewas dalam perjuangan...
           membelai impian...
          sebentar tadi aku...
          lihat sinar matamu..lihat sinar matamu....


         Meronai garis-gars kesetiaan...
         semakin kelam dan amat panjang....
         bagaimana aku dapat melupakanmu...
         dalam keheningan pagi sering bertemu...
         
        Untuk esok biarlah ia berlalu...
        lantas  membuang mata fikirku...
        dalam kenangan begitu payah melupakanmu...
        mungkin utk selama-lamanya......


       Jadilah aku pengingat yang setia...
       setelah aku tahu...
       Aku hanya si hamba...
      Di taman dunia fana..di taman dunia fana....


wuallahu'alam.
      





2 comments:

  1. assalamualaikum...akhi, ana dh bca.. bgus sekali.. :) ...bnyak ilmu yg sblom ni ana x taw pon... terbaik!!!.. hihi... teruskan berdakwah ye..
    ermmm..nak tnya,,, yg last skli 2 lirik lagu ke?.. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam...iye... :) t.kasih ye...sudi baca..

    ReplyDelete