Thursday, 10 November 2011

Hikayat

Kata setengah drpd org shalihin:Melihat aku akan tukang besi mgambil besi di dalam api dengan tangannya,
maka tiada mudharat akan dia oleh api,maka aku bertanya akan dia drpd demikian itu;maka katanya,
"Adalah drpd jiranku satu perempuan yg elok rupanya,maka bergantung(terpikat)hatiku dengan dia,maka
tiada mendapat aku drpdnya kerana wara'nya.Kemudian dtg kemarau pada setengah tahun,maka berkata
permpuan itu:"Beri makan olehmu akan daku sesuatu kerana Allah."Maka kata ku:"Hingga engkau serahkan diri engkau akan daku." Maka berkata perempuan itu:"Tiada jalan bagiku kepada ma'siat Allah" maka pulang ia ke rumahnya..

Dan pada hari kedua,datang ia, berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah."Maka aku berkata
seperti dahulu jua.Maka tertegah perempuan,maka pulang ia ke rumahnya.

Kemudian datang ia hari yang ketiga,dan berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah,maka
sesungguhnya telah memberi mudharat akan daku oleh lapar."maka aku berkata baginya seperti dahulu jua.
Maka masuk ia kepada tempat ku,maka aku jadikan makanan di hadapannya,maka berkata ia:"Beri makan
olehmu akan daku kerana Allah."Maka kata ku:"Tiada!"Maka keluar ia drpd aku...

Kemudian datang ia pada hari yg keempat,dan berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah:"
Maka kataku:"Tiada!"maka masuk ia kepada tempat ku,maka aku hantarkan makanan di hadapannya,maka
mendapat akan daku Tuhanku dengan kasih sayangnya,maka aku berkata pada diriku:"ini perempuan tertegah ia drpd ma'siat padahal ia di dalam kelaparan,dan aku tiada tertegah drpdnya,Hai Tuhanku,bahawasanya aku bertaubat kepada Engkau."Dan aku berkata baginya:"Makan oleh mu kerana
Allah"maka berkata perempuan itu:"Hai Tuhanku,jika ada ia sebenar,maka haramkan olehmu akan dia atas api dunia dan Akhirat."Dan sesungguhnya telah memperkenankan akan do'anya oleh Allah Ta'ala.

Dan drpd Nabi saw:"Barangsiapa kuasa atas perempuan jariyyah dengan haram kemudian meninggal(menghindar) ia,akan
dia kerana takut ia drpd Allah Ta'ala,nescaya diamankan dia oleh Allah Ta'ala drpd terkejut yg besar pada
hari kiamat Yaumul Faza'i Al-Akhbar,dan diharamkan atasnya akan api neraka dan dimasukkan dia ke dalam syurga."

No comments:

Post a Comment