Tuesday, 15 November 2011

Ketika Jiwa Ku Bergetar...Kesukaran..


...Ketika
Aku Dlm Kesukaran Hidup..Seluruh
anggota Tubuh Ku Lemah Lalu Aku Bersujud
Pada Tuhan Rabbul Jalil Dan Memohon Pertunjuk
..Taufik...Hidayah-Nya Dan Berkeluh...."Wahai Dzat
Yang Maha Sempurna....Bantulah Aku Dalam
Menghadapi Ujian Yang Berat ini...Aku Tak Punya
Siapa-Siapa Lagi..Dikaulah Penolong..ku..Dikau.. Lah..
Harapanku...Aku Parsah Apa Yang Telah Di Tentukan
Di Azali Sebelum Diriku Di Ujudkan...Aku Kabur..
Ya..Allah..DalamPerjalanan Ke Hadrat Mu..Aku
Mohon Selaku Hamba Yg Paling Hina Di Alam ini...
Ya Tuhan Ku..Jika Masih Ada Dosa Yg Memberatiku....
Kau Ampunkan Lah...Ya..Allah...

Saturday, 12 November 2011

Hikayat

Adalah Wahab bin Munabbih berkata ia :, Masuk Nabi Daud 'A.s akan
satu gua drpd gua  Biatul Maqdis,maka tiba -tiba melihat ia padanya
satu sarir,ada atasnya satu mayat lelaki dan ada kepalanya satu lauh
tersurat padanya:"Aku raja fulan,memiliki aku kerajaan seribu tahun
dan aku berkahwin seribu perempuan bikr dan aku perbuat seribu negeri
dan aku mengalahkan seribu temtera dan inilah kelakuan hal tempat
tidurku akhirnya,maka mengambil fikir olehmu dan mengambil'iktibar
olehmu dengan daku,hai ahli Ad-Dunya...

Tujuh Petala Langit Dan Bumi Menangis Di Atas Kematian Seorang 'Alim

Dan sabda Nabi saw : Apabila mati orag 'alim menangis atasnya oleh ahli petala langit
                                  dan bumi,yakni yg lain drpd anak adam 70 hari

 Dan riwayat Sa'id bin mansur dan Ibnu Abi Ad-Dunya drpd Muhammad bin Qais,
 katanya :"Telah sampai akan kami bahawasanya tujuh petala langit dan bumi
 menangis keduannya atas kematian org mukmin."Bkata langit : "Sentiasa naik kepada ku
drpdnya kebajikan",Dan berkata bumi : "Sentiasa mengerjakan ia akan kebajikan atasku

Kata 'Atha': Menangis langit itu,iaitu syafaq yg merah pada tempatnya."

Dan riwayat drpd Sufian At-Thauri katanya : Dikatakan bahawasanya merah
yg ada pada langit itulah menangis langit atas kematian org mukmin.

Thursday, 10 November 2011

TIGA ORG YG TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH BAGINDA SAW

1.Org yg menderhaka kpd kedua ibu bapanya

2.Org yg meninggalkan sunnahku,yakni jalanku.

3.Org yg tiada menselawat atasku apabila disebut akan namaku pada sisinya.
(Disebutkannya di dalam jauharul Munazzham)


Dan riwayat drpd tabi'in barangsiapa mendoa bg kedua ibu bapanya pada
tiap-tiap hari lima kali,maka sanya telah menunaikan ia hak keduanya,kerana
firman Allah swt :
                          Ertinya :Syukur olehmu bagiku(yakni dgn bahawa sembayang tiap-tiap
                                       hari lima kali),dan syukur olehmu bg dua ibubapa kamu(dg
                                       mendoa bg kedua-duanya tiap-tiap hari lima kali).
                                       Surah Luqman : Ayat 14





Berkaitan dgn Lidah iaitu Diam

Diam yang dimaksudkan adalah:-

1)Tidak menyebutkan aibnya ketika saudara tidak ada atau
di hadapannya,tetapi melupakannya.Diam tidak membalas
apa yg diucapkannya,tidak mendebat&tidak membantahnya.

2)Tidak mencari-cari tahu dan menanyakan tentang keadaannya,
jika melihatnya di jalan atau suatu keperluan maka ia tidak
mengungkapkannya dgn menyebutnya tujuannya dan tidak,
menanyakannya,kerana bisa jadi ia berkeberatan menyebutkannya
atau perlu berdusta utk menjelaskannya.

3)Tidak mengungkapkan rahsia-rahsianya yg telah diungkapkan
kepadanya tetapi tidak diungkapkan kepada org lain sama sekali
bahkan tidak diungkapkan kepada teman khususnya.

4)Tidak mengungkapkan rahsianya sekalipun setelah terputus dan tidak akrab lagi,
kerana hal itu termasuk tabi'at yg buruk dan batin yag kotor.

5)Tidak mencela org-org yg dicintainya,keluarganya dan anak-anaknya.

6)Tidak menceritakan celaan org lain terhadap dirinya,kerana org yg mencelamu
adalah org yg menyampaikan celaan kepadamu.

(Petikan dari kitab: Tazkiyatun Nafs oleh Syaikh Sa'id Hawwa)

Hikayat

Kata setengah drpd org shalihin:Melihat aku akan tukang besi mgambil besi di dalam api dengan tangannya,
maka tiada mudharat akan dia oleh api,maka aku bertanya akan dia drpd demikian itu;maka katanya,
"Adalah drpd jiranku satu perempuan yg elok rupanya,maka bergantung(terpikat)hatiku dengan dia,maka
tiada mendapat aku drpdnya kerana wara'nya.Kemudian dtg kemarau pada setengah tahun,maka berkata
permpuan itu:"Beri makan olehmu akan daku sesuatu kerana Allah."Maka kata ku:"Hingga engkau serahkan diri engkau akan daku." Maka berkata perempuan itu:"Tiada jalan bagiku kepada ma'siat Allah" maka pulang ia ke rumahnya..

Dan pada hari kedua,datang ia, berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah."Maka aku berkata
seperti dahulu jua.Maka tertegah perempuan,maka pulang ia ke rumahnya.

Kemudian datang ia hari yang ketiga,dan berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah,maka
sesungguhnya telah memberi mudharat akan daku oleh lapar."maka aku berkata baginya seperti dahulu jua.
Maka masuk ia kepada tempat ku,maka aku jadikan makanan di hadapannya,maka berkata ia:"Beri makan
olehmu akan daku kerana Allah."Maka kata ku:"Tiada!"Maka keluar ia drpd aku...

Kemudian datang ia pada hari yg keempat,dan berkata ia:"Beri makan olehmu akan daku kerana Allah:"
Maka kataku:"Tiada!"maka masuk ia kepada tempat ku,maka aku hantarkan makanan di hadapannya,maka
mendapat akan daku Tuhanku dengan kasih sayangnya,maka aku berkata pada diriku:"ini perempuan tertegah ia drpd ma'siat padahal ia di dalam kelaparan,dan aku tiada tertegah drpdnya,Hai Tuhanku,bahawasanya aku bertaubat kepada Engkau."Dan aku berkata baginya:"Makan oleh mu kerana
Allah"maka berkata perempuan itu:"Hai Tuhanku,jika ada ia sebenar,maka haramkan olehmu akan dia atas api dunia dan Akhirat."Dan sesungguhnya telah memperkenankan akan do'anya oleh Allah Ta'ala.

Dan drpd Nabi saw:"Barangsiapa kuasa atas perempuan jariyyah dengan haram kemudian meninggal(menghindar) ia,akan
dia kerana takut ia drpd Allah Ta'ala,nescaya diamankan dia oleh Allah Ta'ala drpd terkejut yg besar pada
hari kiamat Yaumul Faza'i Al-Akhbar,dan diharamkan atasnya akan api neraka dan dimasukkan dia ke dalam syurga."

Srikandi cintaku

Dingin mlm terai kenanganku
menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dlm perjuangan


Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan mu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahakan
Segalanya Qudrat mu Tuhan..


Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan awal akhir


Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini ku rasakan sepi
Terpaku pilu...


Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adaalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangat ku tetap bersamamu


Kan ku usung oh!jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangat mu tetap bersamaku
Selama pasti


Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi cintaku...

Niat

Dlm sebuah hadis  Rasul saw berkata kepada Aisyah ,"Tiada bagian dlm shalat yg kau kerjakan kecuali sesuatu yg hadir dlm hati mu" (Riwayat Ahmad)

Shalat

Dan tersebut di dlm Qurratul "Uyuun, Sabda Nabi saw "Tiada berbeza antara Muslim&Musyrik melainkan meninggalkan sembahyang" Maka apabila meninggal ia akan sembahyang,yakni serta ingkar akan wajibnya adalah kapir...

Sunday, 6 November 2011

Mencari

Aku mencari-cari..di setiap sudut apakah aku punyai hati,naluri seorg insan...